Hong Kong mengambil keputusan untuk melupuskan keperluan kuarantin COVID-19 di lokasi khusus yang disediakan buat pengembara luar negara bermula Isnin depan.<br /><br />Pemimpin Hong Kong, John Lee berkata, langkah itu diambil bagi memastikan ekonomi Hong Kong kekal berdaya saing dan terbuka di peringkat global.